Destinasi Tigerair Australia

Perluasan pangkalan

Syarikat Penerbangan Tigerair Australia memulakan perkhidmatan pada Tahun 2011 dari satu pangkalan di Melbourne. Pada Bulan Julai Tahun 2012, pangkalan kedua dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith . Pangkalan operasi ketiga kemudian dibuka di Lapangan Terbang Brisbane pada Bulan Mac Tahun 2014. [90]

Perkhidmatan antarabangsa

Syarikat Penerbangan Tigerair Australia berkembang menjadi penerbangan antarabangsa jarak pendek apabila Syarikat Penerbangan Virgin Australia memindahkan sebahagian perkhidmatannya antara Melbourne, Adelaide dan Perth dan Denpasar di pulau Bali di Indonesia ke Syarikat Penerbangan Tigerair dari Tarikh 23 Mac 2016. Perkhidmatan ini menggunakan tiga pesawat siri Boeing 737-800, yang disewa basah dari Syarikat Penerbangan Virgin Australia dan menggunakan sijil dan kru penerbangan syarikat penerbangan Virgin, dengan Syarikat Penerbangan Tigerair menyediakan awak kabin. [45] Pada Tarikh 3 Februari 2017, Syarikat Penerbangan Tigerair menamatkan penerbangan ke Bali, dengan alasan isu persetujuan dengan pihak berkuasa Indonesia. [51]

Pada Tarikh 16 Mei 2016, Syarikat Penerbangan Tigerair Australia bergabung dengan Value Alliance, sebuah syarikat penerbangan tambang murah terbesar di dunia. Perikatan baharu ini dimulakan bersama Cebu Pacific Filipina, Jeju Air Korea Selatan, Nok Air Thailand dan NokScoot, Tigerair dan Scoot Singapura, dan Vanilla Air Jepun. Ia meninggalkan pakatan tersebut pada Tahun 2018.

Pada Bulan November Tahun 2016, Syarikat Penerbangan Tigerair meminta persetujuan untuk mengoperasikan perkhidmatan antarabangsa yang diperluas berdasarkan sijil pengendali udaranya sendiri menggunakan kedua-dua Armada siri A320 dan siri 737. [91]

Rujukan

WikiPedia: Tigerair Australia http://peanuts.aero/low_cost_airline_news/airline/... http://peanuts.aero/low_cost_airline_news/airline/... http://www.adelaidenow.com.au/business/tiger-in-ai... http://www.adelaidenow.com.au/news/adelaide-wins-w... http://www.adelaidenow.com.au/news/south-australia... http://www.ausbt.com.au/virgin-australia-to-buy-al... http://australianaviation.com.au/2014/10/virgin-au... http://australianaviation.com.au/2015/08/tigerair-... http://australianaviation.com.au/2015/08/tigerair-... http://australianaviation.com.au/2016/07/tigerair-...